BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 28, 2010

Tip Penjagaan Koputer Riba (Laptop)


1. Bateri


• Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik

• Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri

• Jika bateri sudeah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter

• Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula

• Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus

2. Papan kekunci (Keyboard)

• Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk

• Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak

• Gunakan papan kekunci dan tetikus (mouse) berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba


3. Skrin LCD

• Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk

• Gunakan screen saver

• Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in … minutes’

• Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan

• Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’


4. Haba Panas


• Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas

• Perlu diingatkan komputer riba mempunyai ruang simpan yang kecil


5. Surge Protector

• Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak

• Disyorkan untuk digunakan bagi menjaga perkakasan dalaman komputer riba

• Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply)


6. Port


• Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk

• Gunakan berus atau berus gigi lama

• Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan